Sunday, September 23, 2018

PEMULIHAN KHAS SK MERANTI 2018



PENDAHULUAN

Kemahiran asas membaca, menulis dan  mengira ( 3 M ) amat penting ke arah menuju Alaf baru selepas tahun 2000 di mana perkembangan Teknologi Maklumat ( IT ) semakin pesat dan mencabar. Walau bagaimanapun  berdasarkan laporan daripada hasil penyelidikan menunjukkan antara 10 % hingga 15 % murid - murid sekolah rendah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dan gagal menguasai kemahiran asas 3 M.

Program atau aktiviti di bawah Pemulihan Khas ini diharap dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M.

OBJEKTIF

Murid dapat:
·       Menyelesaikan masalah buta huruf.
·       Menguasai kemahiran asas 3M.
·       Meneruskan pembelajaran di kelas biasa.
·       Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.


VISI

Murid  dapat menguasai 3M dan meneruskan pelajaran seperti murid lain.


MISI

Murid berjaya dalam 3M dan menanamkan sikap positif dan keyakinan diri dalam pelajaran.


No comments:

Post a Comment